Tuesday, December 16, 2008

MAKLUMAN

AKTIVITI BULAN JUN 2009

1) Program Keusahawanan Koperasi di bawah Skim Kredit Mikro Bank Rakyat.

Taklimat dan mesyuarat ahli kumpulan bantu diri (KBD) skim kredit mikro Bank Rakyat untuk anggota Koperasi akan diadakan setiap petang jumaat mulai jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad di Wisma Lina Liza, Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor..

Bagi mereka yang telah memperolehi pinjaman dieajibkan hadir setiap 2 minggu sekali.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pinjaman tersebut juga dijemput hadir untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan skim tersebut.

Had pinjaman tersebut sehingga RM50,000.00 (tanpa cagaran dan tanpa penjamin)



Salam hormat,

Buhari bin Badron
Setiausaha Koperasi Penulis Dan Pembaca Mua Berhad.

Tuesday, December 9, 2008

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Pengerusi : Pn. Zainon binti Surip
Setiausaha : En. Buhari bin Badron
Bendahari : En. Md. Halid bin Kiman

Anggota Lembaga :
Tn. Hj Dzul Karnain Bin Ithnain
En Hashim Bin Taib
Tn. Hj Ahmad Bin Saat
Pn. Zabedah Binti Elias
En. Muhd Suhaimi Bin Surip
Pn. Jamilah Binti Tumpang
Pn. Sharifah Zarohan binti Jaafar
Pn. Maznah Binti Amir
Tn.Hj Sulaiman Bin Mohamed Shariff
Pn. Sazira Binti Abdul Aziz
En.Mohd. Said Bin Hj.Othman
Cik Hajah Zaidah Binti Mustaffa.

Jawatankuasa Audit Dalaman :
Pn. Nor Haizan Binti Suboh
En. Marfur Bin Surip
Puan Bidayana Binti Basiron.

Alamat Pejabat ;
167, Jalan Mahmod, 84150 Parit Jawa, Muar, Johor.
Tel/ Faks : 06-9872350

Monday, December 8, 2008

KOPERASI PENULISDAN PEMBACA MUAR BERHAD

MATLAMAT UTAMA PENUBUHAN

Selain untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi ianya merupakan organisasi yang menyediakan wadah bagi menggabungkan tenaga penulis, usahawan dan pembaca untuk dapat memainkan peranan penyebaran ilmu bagi memartabatkan ummah.

AKTIVITI UTAMA

Menerbit dan memasarkan buku serta produk-produk karya dan hasil seni anggota-anggotanya yang boleh diketegorikan sebagai hakcipta, rekacipta dan harta intelek.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIBENARKAN (UUK):

-Menggendalikan kursus, bengkel dan seminar;
-Aktiviti hartanah dan perindustrian;
-Aktiviti perkhidmatan insuran;
-Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan farmasi;
-Perkhidmatan pelancungan dan perhotelan
-Pengguna (peruncitan, pembekalan dan kredit);
-Perkhidmatan pusat penjagaan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya;
-Perkhidmatan pengangkutan dan kereta sewa;
-Perkhidmatan katering dan sewaan
-Membeli, menjual, memindah hakmilik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih;
-Pelaburan wang (dibawah seksyen 54 Akta);
-Mengadakan subsidiari; dan
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.


ANTARA AKTIVITI PAMERAN & JUALAN YANG DIJALANKAN OLEH KOPERASI



KELEBIHANNYA

-Modal syer minima yang rendah (RM300.00)
-Tidak perlu membuat caruman modal syer atau simpanan khas secara berterusan setiap bulan.
-Mempunyai laluan lebih mudah untuk menjadi penulis atau karyawan yang terkenal melalui kaedah mentor-mentee
-Setiap anggota yang terlibat dalam projek penerbitan akan memperolehi ganjaran (horonorium atau royalti atau kedua-duanya sekali)
-Semua anggota berpeluang untuk terlibat secara langsung bagi memperolehi ganjaran terhadap apa yang mereka sumbangkan;
-Memiliki rangkaian pemasaran produk yang akan terus berkembang dengan meluas;
-Ganjaran yang akan dinikmati boleh terus meningkat;
-Pemilikan harta intelek yang terus kukuh
-Berpotensi untuk memperolehi dividen yang tinggi.

PRODUK UTAMA

PRODUK PENERBITAN IAITU :-
Buku
Bahan Multimedia
Kandungan Internet.

PRODUK BERASASKAN KARYA DAN SENI
Lukisan
Kraftangan
Lain-lain berkaitan.

LANGKAH BAGI MENJAMIN KOPERASI TERUS KUKUH

-Meningkatkan aktiviti melalui biro keanggotaan & kebajikan
-Membentuk kumpulan penulis, karyawan dan artis untuk menghasilkan produk secara terancang di bawah Biro Penerbitan
-Mewujudkan rangkaian pemasaran yang agresif dan berkualiti di bawah Biro Pemasaran/Keusahawanan.

AKTIVITI BIRO KEANGGOTAAN

Pengurusan anggota iaitu termasuk :-
a) pendaftaran anggota baru;
b) wakil bendahari bagi mengumpulkan modal syer anggota yang membayar secara beransur-ansur;
C) menggerakkan aktiviti kebajikan anggota seperti menggendalikan pungutan derma kilat sekiranya ada anggota ditimpa musibah yang patut dibantu dan lain-lain.


MEMANTAPKAN KUMPULAN PENULIS DI BAWAH BIRO PENERBITAN



BUKU-BUKU TANG TELAH BERJAYA DITERBITKAN



Motivasi, Qiammullail & Amalan Sunat.
Oleh :
Dzul Karnain Ithnain,
Azizan Sitam dan
Syed Hashim Al-Khared.
Penyusun :
Buhari Badron
Harga Runcit : RM3.00
Harga Anggota / Pengedar : RM2.00



Strategi Yahudi Zionis
Menguasai Dunia
Oleh :
Syed Hashim Al-Khared,
Zarohan Al-Attas dan
Buhari Badron
Harga Runcit : RM20.00
H.A /P : RM12.00




Siri Motivasi Insan Cemerlang “Amal Soleh”

Harga Runcit : RM3.50
H.A/P : RM2.00

Melibatkan 21 orang AJK yang
berperananan sebagai
Pengarang, Penulis, Editir, Artis,
Grafik & Layout DTP

BUKU-BUKU YANG AKAN TERBIT

Motivasi Ziarah Jenazah
Motivasi Keusahawanan (Kompilasi Kisah Benar)
Kompilasi Novel Remaja
Siri Motivasi Insan Cemerlang 2
Belajar Bahasa Mandrin
Katalog Produk Biotek
Biografi
Direktori Perniagaan Daerah Muar/Ledang


BIRO PEMASARAN MEWUJUDKAN RANGKAIAN PEMASARAN PRODUK BUKU PELANCARANNYA PADA 6 & 7 APRIL 2007 DI NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU


SYARAT MENJADI ANGGOTA

-Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke atas;
-Tinggal atau bekerja atau memiliki hartanah di Muar;
-Membayar fi masuk RM10.00
-Mencarum saham RM300.00 atau lebih
(boleh dibayar secara ansuran dalam masa 10 bulan).