Monday, January 14, 2013

UMRAH

Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad ada menawarkan pakej umrah kepada sesiapa yang berminat. Tarikh yang telah ditetapkan ialah sekitar bulan lima dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad untuk maklumat lanjut.

Wednesday, January 2, 2013

TAHUN 2013

Tahun 2012 telah pun melabuhkan tirai. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad.

Diharap Tahun 2013 dapat memberi sinar yang baru kepada Koperasi Penulis Dan pembaca Muar Berhad.

Bagi permulaan tahun 2013, Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad telah membuka page facebook agar memudahkan ahli atau sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang koperasi ini. Setiap aktiviti yang dijalankan akan diupdate di page itu dan di blog ini.

Selain itu juga, untuk mengetahui perkembangan setiap biro juga boleh diketahui melalui blog ini. Sama ada buku terbaru, tawaran terbaru kepada ahli-ahli koperasi dan produk-produk yang telah diusahakan oleh usahawan kita.

Jika inginkan sebarang maklumat bolehlah hubungi kami sebagaimana yang telah dinyatakan di bahagian 'Hubungi Kami'.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KETUJUH

Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan pada 20 Disember 2012 pada pukul 3.00 petang. Pelbagai perkara dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir ketika mesyuarat  berlangsung dan ingin mendapatkan penyata kewangan dan minit mesyuarat sila emelkan alamat emel anda di page facebook kami.