Friday, March 11, 2011

MAKLUMAT TERKINI MAC 2011

Assalammulaikum W.T.W.

Tuan/Puan/Cik yang di rahmati Allah S.W.T.

Dengan hormatnya kami ingin memaklumkan beberapa perkara berkenaan Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad iaitu :-

1. Setiap anggota lembaga, staf dan ahli jawatankuasa kecil di bawah biro usahawan akan berperanan sebagai mentor kepada anggota-anggota yang lain yang kini berjumlah 594 orang (setakat 28.2.2011). Tujuanny supaya setiap anggota mengetahui berkenaan dasar, prinsip, visi dan misi koperasi dengan jelas untuk dapat dimanafatkan sepenuhnya. Bersama ini dilampirkan senarai mentor untuk memudahkan anggota mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi.

2. Bagi yang belum menjelaskan modal syer minima RM300.00, adalah diharapkan supaya dapat mengaktifkan keanggotaan dengan mencarum sekurang-kurangnya RM20.00 sebulan sehingga cukup RM300.00. Ini adalah untuk mematuhi undang-undang kecil koperasi sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara 54.(1) setiap anggota yang telah membayar fi masuk RM10.00 perlu menjelaskan modal syer minima RM300.00 dalam masa 12 bulan.

3. Perlaksanaan dua perkara yang tersebut di atas adalah langkah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dalam koperasi disamping supaya setiap anggota dapat menunaikan tanggung jawab sebagai anggota terlebih dahulu untuk dapat merencanakan sendiri bagaimana untuk dapat merebut pelbagai peluang serta faedah dengan menjadi anggota koperasi.

4. Dengan itu, sesiapa yang modal syernya belum cukup RM300.00 dan tidak mengaktifkan keanggotaannya dengan mencarum minima RM20.00 setiap bulan selama tiga bulan berturut-turut, maka ia dianggap tidak aktif. Anggota tersebut sepatutnya tidak layak untuk menikmati faedah serta kemudahan yang disediakan oleh koperasi dan tidak ada hak sebagai anggota selagi belum dijelaskan.

5. Bagi kemudahan kepada anggota, pembayaran modal syer boleh dibuat melalui mentor yang berkenaan sahaja atau bayar terus di pejabat koperasi . Oleh kerana resit rasmi hanya dikeluarkan di pejabat koperasi sahaja, sila dapatkan bukti pengesahan penerimaan semantara sekiranya bayaran dibuat melalui mentor dan pastikan dapatkan resit rasmi tidak lewat 7 hari bekerja daripada tarikh penyerahan tersebut dibuat.

6. Dengan sumbangan modal syer tersebut, aktivii sepertimana yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan kali yang ke 6 pada 12.12.2011; Insyallah dapat dilaksanakan berdasarkan anggaran belanjawan 2011 yang telah diluluskan untuk dijadikan formula bagi memastikan modal syer anggota terus terjamin dan memperolehi dividen yang berterusan setiap tahun. Disamping itu pelbagai faedah akan ditambah dari masa kesemasa.

Jadikanlah koperasi sebagai landasan untuk kita bersama-sama mencari kesepakatan dalam mewujudkan pelbagai peluang dalam memperkukuhkan kedudukan umat Islam dalam semua bidang setanding dengan mereka yang telah maju di Dunia tetapi juga di Akhirat.