Friday, December 25, 2015

CO-OP BAZAAR

Kami mengambil bahagian di Co-op Bazaar bertempat di Giant Hypermarket Bachang, Melaka bermula 25 Disember 2015 sehingga 27 Disember 2015 pada hari Jumaat hingga Ahad.

Antara produk koperasi yang dipamirkan disini ialah produk utama koperasi iaitu mee siput, mee siput goreng dan pencicah. Buku juga tidak ketinggalan juga seperti buku Qiamullail, Cerita Rakyat, Amal Soleh dan Raja Bertahta Rakyat Sejahtera. Antara produk tambahan yang kami bahawa ialah mee bandung "Besto" , pelbagai jenis tepung kuih segera, kuih bangkis keju dan bangkit santan.











Bazaar ini diadakan selama 3 hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Seramai 15 koperasi seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam program ini. Sepanjang kami disini, banyak program yang dianjurkan dari pihak Giant Bachang. Pada hari pertama, Santa Clause berjalan di sekitar dalam Giant untuk menghadiahkan gula-gula kepada semua kanak-kanak. Pada keesokannya, badut akan membuat pertunjukkannya di sekitar booth kami untuk menarik pengunjung mengunjungi gerai-gerai yang berada disini. Pada hari terakhir pula, pertandingan mewarna akan diadakan dari pihak Giant Bachang. Seramai 17 kanak-kanak akan mengambil bahagian.


Banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami belajar dari bazaar ini. Kami harap tahun hadapan dapat peluang untuk mempromosikan produk koperasi seperti ini lagi. =)