Monday, November 23, 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4 (2009)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 (2009) Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad akan diadakan seperti butiran berikut :-
Tarikh : Sabtu, 12 Disember 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pusat Aktiviti Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad, TL MBP 115, Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.

Anggota yang ingin mengemukakan usul hendaklah mengemukan secara bertulis dan serah kepada Setiausaha sebelum 5 Disember, 2009.

Sekian, terima kasih.


Setiausaha,
Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad.

PENGUMUMAN

Bengkel Mencungkil Bakat Penulis Remaja yang sepatutnya diadakan pada 25 November, 2009 (Rabu) ini terpaksa dipinda pada 5 Disember, 2009 (Sabtu). Tempat dan masa tidak berubah. Harap maaf dan terima kasih.

*Rujuk Pengumuman lama.

Tuesday, November 3, 2009

BENGKEL KEUSAHAWANAN 18 NOVEMBER 2009

BENGKEL KEUSAHAWANAN : PELUANG PERNIAGAAN PASARAYA
Tarikh : 18 November 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 ptg. hingga 5.30 petang.
Tempat : Pusat Aktiviti KPDPMB, Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar,
Johor.

Objektif Serta Faedah:
1) Mengenalpasti usahawan yang berminat menyertai projek pasaraya koperasi.
2) Sebagai pengusaha, menjadi pemilik atau pemegang saham,
3) Pembekal atau pengurus bidang produk atau perkhidmatan yang dipilih,
4) Tidak perlu modal sendiri kerana disediakan skim pembiayaan sehingga RM50,000.00

Pengenalan :
Kini bilangan usahawan bumiputera yang menceburi bidang pertanian,ternakan,pengeluaran produk makanan,barang keperluan harian,pakaian siap dan sebagainya semakin ramai.Tetapi disebabkan kelemahan dari segi pengurusan dan pemasaran,maka ramai pengusaha terbabit terpaksa bergantung kepada orang tengah atau terpaksa memasarkan sendiri dan menjadikan hasil pendapatan yang diperolehi tidak setimpal.

Penyertaan : Terbuka

Berminat sila daftar segera melalui email atau telefon kami.

Terima kasih.

Monday, November 2, 2009

Jawatankuasa Biro Pembangunan Usahawan KPDPMB

Bagi menggalakkan anggota yang berminat dalam bidang keusahawanan serta aktiviti KPDPMB dapat dipelbagaikan, satu mesyuarat khas dibawah Biro Pembangunan Usahawan telah diadakan pada 30 Oktober 2009 dengan dihadiri seramai 30 orang anggota. Selain untuk memperkukuhkan lagi fungsi "Jawatankuasa Badan Kebajikan Anggota Kumpulan Usahawan" yang telah diwujudkan sebelum ini dengan hanya melibatkan peserta Skim Kredit Mikro Bank Rakyat, kini diperluaskan lagi kepada anggota yang terlibat dengan keusahawanan termasuk pengeluaran produk, perkhidmatan dan pemasaran. Maka peranan Koperasi adalah menyediakan kemudahan kepada anggota yang berminat untuk menganjurkan program-program secara bersama iaitu seperti bengkel, promosi, projek usahasama dan sebagainya.

Bengkel Mencungkil Bakat Penulis Remaja

Tarikh : 25 November 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 t/hari.
Tempat : Pusat Aktiviti KPPMB.

Objektif Penganjur :
20 peserta terbaik akan ditawarkan untuk terlibat dalam projek penerbitan buku, cd dan ebooks 2010.

Keutamaan :
Sehubungan dengan itu sesiapa yang berminat sila bawa bersama contoh hasil karya anda sama ada penulisan, lukisan, kandungan internet atau cd multimedia.

Berminat sila daftar melalui email : sukppm@yahoo.com.my atau hubungi pejabat Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad.