Thursday, April 1, 2010

Makluman... (1 April 2010)

ASSALAMMULAIKUM W.T.W.
Tuan/Puan/Cik yang dihormati.

Dengan hormatnya kami ingin memaklumkan beberapa perkara berkenaan Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad iaitu seperti butiran berikut :-

1) AKTIVITI PENERBITAN
Bengkel Penulisan Siri 2/T5
Tarikh : 25 April, 2010 (Ahad) Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari.

Tujuan : Untuk memastikan supaya judul-judul buku sepertimana yang telah diumumkan dalam mesyuarat agung 2009 bertarikh 12.12.2009 dapat diterbitkan dan memastikan keberhasilannya.

Adalah dengan ini juga dimaklumkan bahawa anggota kumpulan penulis iaitu mereka yang telah menghadiri “Bengkel Penulisan Siri 1/T5” bertarikh 26 Oktober, 2009 dan telah menghantar biodata lengkap serta menyiapkan manuskrip sekurang-kurangnya lima muka surat saiz A4 layak menerima elaun sekiranya hadir pada bengkel ke-2 ini. Tarikh tutup penghantaran biodata dan manuskrip tersebut iaitu pada 16 April, 2010. Penghantaran hendaklah dibuat melalui email ; sukppm@yahoo.com.my

Bagi memastikan aktiviti penerbitan menjadi keutamaan, dengan ini anggota-anggota dijemput untuk menyertai bengkel untuk layak disenaraikan sebagai Anggota Kumpulan Penulis KPPMB. Tarikh tutup pendaftaran untuk menyertai bengkel tersebut iaitu pada 20 April 2010.


2) AKTIVITI KEUSAHAWANAN
Program Keusahawanan Siri 2/T5 (Kursus, Bengkel dan Mesyuarat)
Tarikh : 7 April, 2010 (Rabu) Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari.

Tujuan :
a) Menilai dan memilih peserta yang terdiri daripada kalangan anggota Kumpulan Usahawan KPPMB bagi menggendalikan Projek Pakej Barang Runcit, Membekal Pakaian Pelajar kerjasama dengan ANGKASA- Koperasi Sekolah, Projek Taska dan Projek Pelancongan.
b) Memilih peserta yang layak bagi memasarkan produk-produk dan perkhidmatan yang telah dibangunkan oleh koperasi supaya lebih meluas dengan penerokaan kawasan yang tidak terhad.
c) Mengenal pasti peserta Skim Kredit Mikro Bank Rakyat yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi ini dibawah Kumpulan Usahawan KPPMB yang layak untuk diberi pinjaman sehingga RM50,000.00 (enam bulan lepas telah menerima bawah RM10,000.00) bagi menjalankan projek-projek terpilih yang dinyatakan di atas.
d) Peserta JUGA akan dapat maklumat terbaru berkenaan peluang dan kemudahan seperti Tabong Kebajikan Kumpulan Usahawan, Sistem Pembelian Menggunakan Debit/Kredit Kad dan lain-lain.
e) Bagi peserta Skim Kredit Mikro yang hadir program ini dianggap telah mengadakan mesyuarat KBD Untuk bulan tersebut dan membantu untuk mudah membuat pinjaman pertama atau kedua.

Program ini adalah anjuran bersama Bank Rakyat dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).

Sila daftar awal iaitu sebelum atau pada 5 April 2010 untuk dapatkan no. tempat duduk dan kopun minum pagi, makan tengahari percuma dan Sijil Kursus MKM.


3) AKTIVITI KEBAJIKAN & PENDIDIKAN

TASKA
• Penjagaan kanak-kanak dari umur 2 bulan. Kadar yuran bulanan, harian dan jam.
• Perkhidmatan dari jam 7.15 pagi hingga 5.30 petang (lebih masih boleh runding).
• Makan dan jadual aktiviti bimbingan kanak-kanak disediakan (termasuk bimbingan mengaji).
• Pengasuh terlatih dan telah menjalani kurus di bawah kendalian ANGKASA (TCM) Kelana Jaya.
• Didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daearah Muar.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG DAN DEMONTRASI TUSYEN ON-LINE DI PUSAT IT KPPMB
Tarikh : 3 April, 2010 (Sabtu) Masa : 5.00 petang – 6.30 petang.
Penceramah : Tuan Haji Dzul Karnain Bin Ithnain (Bekas Penolong Kanan SMA Mahaad Muar)
Datanglah beramai-ramai bawa jiran dan rakan.

RAWATAN KESIHATAN (SABTU, 24 APRIL 2010 JAM 9.30 PAGI – 12.00 TGH.)
Program ini adalah atas permintaan anggota-anggota untuk kemudahan mendapatkan rawatan susulan daripada doktor pakar yang mereka telah kenal. Bagi anggota atau ahli keluarga yang menghadapi masalah penyakit kronik dan ingin mendapatkan maklumat jelas boleh hadir dalam waktu tersebut.

4) MAKLUMAT AM
JAWATANKUASA PENGERAK AKTIVITI KPPMB
Bagi memastikan lebih banyak peluang yang sedia ada dapat dimanafatkan sepenuhnya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi membantu mempercepatkan lagi 16 aktiviti yang telah digariskan dalam undang-undang kecil KPPMB untuk dapat dilaksanakan bagi mencapai matlamatnya.

Tugas :
• Kempen tambah anggota sehingga mencapai 1,000 orang pada tahun 2010 (kini 400 orang) ;
• Membuat pungutan modal syer daripada setiap anggota sehingga cukup RM300.00;
• Membantu menggendalikan Skim Kredit Mikro Bank Rakyat;
• Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan pendidikan anggota;
• Memasarkan produk dan perkhidmatan KPPMB.

Kelayakkan :
• Anggota KPPMB dan sanggup melaksanakan tugas-tugas di atas dengan mensasarkan jumlah pendapatan terkumpul tidak kurang RM500.00 sebulan untuk diserahkan kepada Koperasi.
• Sanggup hadir “Mesyuarat Jawatankuasa Pengerak KPPMB” yang akan ditetapkan oleh Setiausaha sekurang-kurangnya DUA minggu sekali.
• Wajib hadir takimat khas dan mendatangani surat persetujuan terima tawaran sebagai “Jawatankuasa Penggerak Aktiviti KPPMB” yang akan diberitahu kelak.

Ganjaran :
Layak menerima elaun berdasarkan kadar peruntukan yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan 2009 (Butiran terperinci sila hadir bengkel pada 7 April, 2010).

UNTUK MAKLUMAT TERKINI SILA HADIR PROGRAM-PROGRAM ANG TELAH DITETAPKAN DI ATAS ATAU LAYARI INTERNET - http://penulismuar.blogspot.com
SEBARANG PERTANYAAN SILA E-MAIL : sukppm20@yahoo.com
Bertarikh : 28 Mac 2010.