Wednesday, December 31, 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Ke -9 sudah berlangsung dengan jayanya. Pihak Koperasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang menghadiri mesyuarat tersebut. Agenda serta usul yang dibentang juga memberansangkan dan boleh mula dijalankan pada tahun 2015. 

 


Kami juga mengadakan jualan kecil - kecilan dengan menjual kerepek pisang, kerepek ubi serta barang kraftangan. 


Kaunter Pendaftaran


Majlis penutup dengan cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih dari pihak Koperasi. 



Tuesday, December 9, 2014



TERKINI !!!!

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-9

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pusat Aktiviti Koperasi Penulis dan Pembaca Muar Berhad.

Anggota yang ingin mengemukakan usul atau cadangan sila kemukakan secara bertulis dan serahkan ke pejabat urusan koperasi sebelum 23 Disember 2014 

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salinan Minit mesyuarat, Laporan Lembaga atau Laporan Projek sila datang ke pejabat koperasi. Ahli yang ingin mendapatkan laporan melalui emel, sila SMS alamat emel anda kepada  Pn Salbiah ( 019- 243 5475) 


Wednesday, December 3, 2014

NOTIS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 9 (2014)

Salam hormat,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu kami ingin memaklumkan bahawa mengikut keputusan mesyuarat Lembaga Khas pada 24 November 2014 telah memutuskan supaya mesyuarat agung tahunan koperasi pada tahun ini akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 30 Disember 2014

Masa : 8.30 malam

Tempat : Pusat Aktiviti Koperasi Penulis dan Pembaca Muar Berhad,
           
Alamat : Pos 257, Parit Raja, KM 5, Jln Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.

Anggota yang mempunyai usul dan cadangan boleh diserahkan sebelum 23 Disember 2014 secara bertulis atau boleh dihantar melalui facebook KPPMB.

Sekian,terima kasih.