Saturday, August 13, 2016

Hari Koperasi di Kluang.

30/7/2016  Sabtu

Pada tarikh 29 sehingga 31 Julai yang lalu bertempat di Persiaran Dato' Hj. Ismail Hassan atau lebih dikenali sebagai Kluang Walk telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor. Dengan adanya majlis ini KPPMB mengambil pluang untuk turut serta menyertai majlis ini. Pihak KPPMB telah diberi sebuah gerai untuk memasarkan dan memperkenalkan produk daripada anggota kepada penduduk dikawasan Kluang. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur bagi menarik minat penduduk setempat untuk hadir ke majlis ini. Majlis kemuncak ialah pada 30 Julai kerana pada waktu itu majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin sendiri. Gerai KPPMB mendapat kunjungan daripda pelbagai golongan. Gerai KPPMB juga menjual makanan yang siap sedia di makan seperti karipap goreng, popia ketam goreng dan mee siput goreng. Selain itu KPPMB juga menjual makanan sejuk beku seperti karipap dan popia ketam. Kesemua produk tersebut adalah produk usahawan dibawah KPPMB. Dengan adanya program dan majlis seperti ini masyarakat akan lebih mengenali koperasi-koperasi yang terdapat di dalam Malaysia ini sekaligus dapat meningkatkan penjualan produk-produk usahawan koperasi itu sendiri.

Kunjungan daripada Pegawai ANGKASA.


Kunjungan daripada persatuan Koperasi lain.


Antara staf dan ahli lembaga yang hadir.


Saturday, August 6, 2016

Majlis Sambutan Hari Raya bersama Usahawan Koperasi 2016.

3/8/2016 RABU.

Sambutan hari raya ini diadakan sempena bulan Syawal yang tiba dan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara koperasi dan usahawan. Konsep "potluck" digunakan didalam majlis hari raya ini. Koperasi menyediakan Nasi Arab dan makanan lain disumbangkan oleh usahawan. Alhamdulillah majlis tersebut amat meriah dan kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan InsyaAllah.