Sebahagian delegasi Wanita anggota Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad (KPPMB) sebaik selesai mengadakan sesi sebelah petang iaitu perbincangan dengan Kumpulan Usahawan Singapura di Dewan Masjid Ba'Alwi, Bukit Timah, Singapura.
Kami mengucapkan ribuan terima kepada Y.Bhg. Tuan Haji Maidin Packer, bekas Ahli Parlimen Singapura yang sudi bersama-sama meraikan kami serta rakan-rakan usahawan Singapuran yang turut sama menjayakan dalam majlis tersebut.
Kami juga mengucapkan setinggi terima kasih kerana niat kami untuk menjalin kerjasama bagi memasarkan produk keluar negara dan juga kerjasama dalam bidang pelancongan akan terus terlaksana, Insyallah.
Skop kerjasama yang akan dilaksanakan antara dua organisasi iaitu DPPMS dan KPPMB kini semakin jelas.