Sunday, November 27, 2011

LAWATAN INTERGRASI KE SINGAPURA 22.11.2011


Sebahagian delegasi Wanita anggota Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad (KPPMB) sebaik selesai mengadakan sesi sebelah petang iaitu perbincangan dengan Kumpulan Usahawan Singapura di Dewan Masjid Ba'Alwi, Bukit Timah, Singapura.

Kami mengucapkan ribuan terima kepada Y.Bhg. Tuan Haji Maidin Packer, bekas Ahli Parlimen Singapura yang sudi bersama-sama meraikan kami serta rakan-rakan usahawan Singapuran yang turut sama menjayakan dalam majlis tersebut.

Delegasi Kumpulan Usahawan KPPMB sedang mendengar taklimat daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Singapura (DPPMS) iaitu sessi sebelah pagi.

Kami juga mengucapkan setinggi terima kasih kerana niat kami untuk menjalin kerjasama bagi memasarkan produk keluar negara dan juga kerjasama dalam bidang pelancongan akan terus terlaksana, Insyallah.





Skop kerjasama yang akan dilaksanakan antara dua organisasi iaitu DPPMS dan KPPMB kini semakin jelas.