Wednesday, July 27, 2016

Komuniti Satu Malaysia Mukim Parit Bakar

20 Mac 2016 / Ahad

Program Komuniti Satu Malaysia di Mukim Parit Bakar telah diadakan pada bulan Mac yang lalu bertempat di Puasat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Parit Unas. Program dijayakan oleh pihak KPPMB dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Daerah Muar. Program ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Puan Saidatul daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tuan Haji Salehudin bin Haji Satar Ketua Pemuda UMNO bahagian Muar, Pegawai Kesihatan dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Penerangan daerah Muar. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi serba sedikit info dan maklumat kepada usahawan serta warga setempat. Selain itu juga adanya sesi soal jawap antara tetamu yang hadir kepada panel-panel jemputan dan ini dapat membantu usahawan dan warga setempat tetang permasalahan yang mereka hadapi selama ini. Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat mendekatkan badan kerajaan dan pemimpin setempat dengan rakyat.