Monday, November 2, 2009

Jawatankuasa Biro Pembangunan Usahawan KPDPMB

Bagi menggalakkan anggota yang berminat dalam bidang keusahawanan serta aktiviti KPDPMB dapat dipelbagaikan, satu mesyuarat khas dibawah Biro Pembangunan Usahawan telah diadakan pada 30 Oktober 2009 dengan dihadiri seramai 30 orang anggota. Selain untuk memperkukuhkan lagi fungsi "Jawatankuasa Badan Kebajikan Anggota Kumpulan Usahawan" yang telah diwujudkan sebelum ini dengan hanya melibatkan peserta Skim Kredit Mikro Bank Rakyat, kini diperluaskan lagi kepada anggota yang terlibat dengan keusahawanan termasuk pengeluaran produk, perkhidmatan dan pemasaran. Maka peranan Koperasi adalah menyediakan kemudahan kepada anggota yang berminat untuk menganjurkan program-program secara bersama iaitu seperti bengkel, promosi, projek usahasama dan sebagainya.