Tuesday, November 3, 2009

BENGKEL KEUSAHAWANAN 18 NOVEMBER 2009

BENGKEL KEUSAHAWANAN : PELUANG PERNIAGAAN PASARAYA
Tarikh : 18 November 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 ptg. hingga 5.30 petang.
Tempat : Pusat Aktiviti KPDPMB, Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar,
Johor.

Objektif Serta Faedah:
1) Mengenalpasti usahawan yang berminat menyertai projek pasaraya koperasi.
2) Sebagai pengusaha, menjadi pemilik atau pemegang saham,
3) Pembekal atau pengurus bidang produk atau perkhidmatan yang dipilih,
4) Tidak perlu modal sendiri kerana disediakan skim pembiayaan sehingga RM50,000.00

Pengenalan :
Kini bilangan usahawan bumiputera yang menceburi bidang pertanian,ternakan,pengeluaran produk makanan,barang keperluan harian,pakaian siap dan sebagainya semakin ramai.Tetapi disebabkan kelemahan dari segi pengurusan dan pemasaran,maka ramai pengusaha terbabit terpaksa bergantung kepada orang tengah atau terpaksa memasarkan sendiri dan menjadikan hasil pendapatan yang diperolehi tidak setimpal.

Penyertaan : Terbuka

Berminat sila daftar segera melalui email atau telefon kami.

Terima kasih.