Tuesday, December 9, 2014



TERKINI !!!!

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-9

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pusat Aktiviti Koperasi Penulis dan Pembaca Muar Berhad.

Anggota yang ingin mengemukakan usul atau cadangan sila kemukakan secara bertulis dan serahkan ke pejabat urusan koperasi sebelum 23 Disember 2014 

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salinan Minit mesyuarat, Laporan Lembaga atau Laporan Projek sila datang ke pejabat koperasi. Ahli yang ingin mendapatkan laporan melalui emel, sila SMS alamat emel anda kepada  Pn Salbiah ( 019- 243 5475) 


Wednesday, December 3, 2014

NOTIS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 9 (2014)

Salam hormat,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sehubungan dengan itu kami ingin memaklumkan bahawa mengikut keputusan mesyuarat Lembaga Khas pada 24 November 2014 telah memutuskan supaya mesyuarat agung tahunan koperasi pada tahun ini akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 30 Disember 2014

Masa : 8.30 malam

Tempat : Pusat Aktiviti Koperasi Penulis dan Pembaca Muar Berhad,
           
Alamat : Pos 257, Parit Raja, KM 5, Jln Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.

Anggota yang mempunyai usul dan cadangan boleh diserahkan sebelum 23 Disember 2014 secara bertulis atau boleh dihantar melalui facebook KPPMB.

Sekian,terima kasih.

Thursday, June 5, 2014

TAPAK TANI

Anda berminat untuk menanam tumbuhan. Namun anda tidak mahu bermodal besar?

Kami menyediakan tanah untuk mana-mana individu yang berminat untuk bertani.

Kamimenyediakan lot tanah untuk sesiapa yang berminat dengan harga yang berpatutan.


PAKEJ PERLANCONGAN (BIRO KEBAJIKAN)

Pada bulan Jun 2013 Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad telah menganjurkan pakej umrah yang disertai oleh beberapa orang ahli. Boleh rujuk: Umrah KPPMB


Pihak kami mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dengan Pakej Umrah yang ditawarkan kami dengan harga yang rendah. Rentetan daripada itu juga, pihak kami ada menyediakan Pakej Perlancongan ke tempat lain seperti Beijing dan Bandung.






Terbuka kepada mana-mana individu atau kumpulan yang berminat. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami. No.Tel : 06-9811226 atau di FB: Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad

Tuesday, April 9, 2013

Perbincangan Kerjasama Bersama UTHM

Perbincangan Projek Kerjasama Pembangunan Aktiviti Keusahawanan

Perbincangan untuk meningkatkan perniagaan usahawan tempatan telah diadakan.

Tarikh   : 22 Mac 2013
Tempat : Pejabat Koperasi Penulis dan Pembaca Muar
Masa    : 3 petang

Perbincangan yang menyentuh dilema dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan tempatan dikumpulkan dan dibincangkan untuk cuba memberi jalan keluar terhadap permasalahan yang berlaku.

Diharap perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada pihak UTHM dan juga pihak KPPMB. Mohon doa dari ahli-ahli untuk keberjayaan bersama.