Monday, July 18, 2016

Majlis Berbuka Puasa

17 Jun 2016 / Jumaat

Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadhan anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Parit Unas. Majlis ini diadakan bertempat di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Parit Unas. Pihak KPPMB menyediakan pelbagai jenis makanan berbuka puasa yang ditempah khas ke pihak katering dan juga dari sumbangan orang kampung. Kedatangan orang ramai ke majlis itu dijumlahkan lebih kurang sebanyak 80 orang yang hadir. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar jam 8.30 malam.
   Bacaan Al-quran serta terjemahannya.


Para hadirin beratur di kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebelum mengambil tempat duduk.














                                








Penyampaian bantuan kepada penduduk kampung yang layak.
























Kata-kata aluan daripada Encik Buhari bin Badron Pengerusi KPPMB  .






Tuesday, June 14, 2016

Lawatan ke Parit Raja, Batu Pahat

11 Jun 2016 / Sabtu

Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad mengadakan lawatan ke kilang kerepek Md Shah dan Pusat Jualan Ayam PPNJ di Batu Pahat. Kami bertolak dari KPPMB jam 9 pagi. Sebanyak 6 buah kenderaan berkonvoi dari KPPMB. Banyak yang kami dapat pelajari dari sejarah penubuhan sehingga teguhnya perusahaan ini.

Destinasi pertama : kilang Kripek Md Shah
















Terima kasih En Md Shah kerana menerima kunjungan kami












Sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan 


Destinasi kedua : Pusat Proses Ayam PPNJ, berdekatan dengan kilang kripek Md Shah






 * harga tertakluk kepada masa dan keadaan






Sijil sebagai tanda kenang-kenangan 


Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi,
Insyaallah...