Saturday, August 6, 2016

Majlis Sambutan Hari Raya bersama Usahawan Koperasi 2016.

3/8/2016 RABU.

Sambutan hari raya ini diadakan sempena bulan Syawal yang tiba dan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara koperasi dan usahawan. Konsep "potluck" digunakan didalam majlis hari raya ini. Koperasi menyediakan Nasi Arab dan makanan lain disumbangkan oleh usahawan. Alhamdulillah majlis tersebut amat meriah dan kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan InsyaAllah.

















































Marhaban Perempuan Parit Unas di PAKK.

23/7/2016 Sabtu

Pada 18 Syawal yang lalu PAKK Parit Unas telah menerima kunjungan daripada marhaban daripada golongan wanita. Marhaban ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti kampung dan juga mengekalkan adat orang Melayu Johor sejak dahulu lagi. Kehadiran tetamu dianggarkan 20 orang dan dari pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak hingga ke warga emas. Tetamu di hidangkan dengan pelbagai makanan seperti buah-buahan dan kuih-muih.

















Marhaban Lelaki Parit Unas di PAKK.

7/7/2016 Khamis

Ketibaan bulan Syawal yang dinanti oleh setiap umat islam selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan ketibaan bulan syawal ini seperti kebiasaan masyarakat melayu Johor marhaban diadakan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada 2 Syawal yang lalu bertempat di PAKK Parit Unas telah menerima kunjungan marhaban lelaki kampung Parit Unas.
Tetamu yang hadir dari golongan kanak-kanak hingga ke warga emas dianggarkan lebih daripada 35 orang. Pelbagai makanan yang disediakan bagi menjamu tetamu yang hadir.