Sunday, September 25, 2016

Kursus Mikro Kredit 1 (Kepimpinan Keusahawanan)

Assalamualaikum WBT


Pada 20-21 September 2016 yang lalu, Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad telah 'membawa' seramai 37 orang ahli ke Kursus Kepimpinan Keusahawanan bertempat di Hotel Traders Muar. 

Tapi sebelum pergi kursus, penulis mengalahkan operator telefon tanya ahli2 nak pergi kursus atau sebaliknya. Kalau dah xnak/xdpt tu penulis kene telefon ahli lainlah jawabnya. Telefon-telefon orang ni ambil masa rupenya (suke sangat tangguh...padan muka T_T).. Alhamdulillah akhirnya ramai juga yang ikut, Allah tengok usaha kite btul tak??

Bermulalah kursus hari pertama. Slot pertama mengenai pinjaman mikro oleh Bank Rakyat. Syaratnya mesti jadi ahli mana2 koperasi panel Bank Rakyat terutamanya Koperasi Penulis Dan Pembaca Muar Berhad. Selain tu, ade juga pihak bank menceritakan sistem online Bank Rakyat (iRakyat), pihak bank suruh kite rakyat Malaysia yang dah ada akaun Bank Rakyat untuk apply sistem online ni. Sistem ni macam Maybanku2 dan Cimbclicks (sape2 yg ade experience beli tiket flight atau beli barang online mmg cepat tau tntg ni). Kelebihan iRakyat (Corporate Banking) ni bagi mengelakkan masalah peniruan tandatangan ke atas cek oleh pihak2 yang ada niat lain mahupun kepentingan peribadi. Klu utk Personal Banking penggunaan peribadi boleh cek duit masuk/keluar tanpa perlu ke bank dan utk transfer pon lagi senang. Kan dah memudahkan, jimat duit minyak dan parking.
Nak tau detail tntg iRakyat https://www.irakyat.com.my/

Seterusnya diikuti pengenalan koperasi oleh pihak MKM dan slot pada hari pertama berakhir pada lewat petang.



Setiap kumpulan membuat pembentangan.




Slot membina bangunan daripada surat khabar. Tahniah kepada kumpulan2 yang dapat mencipta bangunan2 yang tinggi dan kukuh.




 Peringkat awal, diberi masa selama tiga minit untuk memikirkan bentuk bangunan yang akan direka.


Game ni mmg mencabar!!!






Sempat lagi ambil gambar dan menikmati pemandangan bandar Muar dari bilik hotel. 












Peserta kursus.






Pada hari terakhir kami membuat praktikal untuk slot selanjutnya. Slot terakhir peserta diajar cara-cara untuk membuat simpan kira-kira berdasarkan latihan2 yang telah diberikan. Semoga semua peserta dapat menimba ilmu pengetahuan sepanjang mengikuti kursus ini dan tidak merasa jemu untuk menghadiri kursus yang lain.



Saturday, August 13, 2016

Hari Koperasi di Kluang.

30/7/2016  Sabtu

Pada tarikh 29 sehingga 31 Julai yang lalu bertempat di Persiaran Dato' Hj. Ismail Hassan atau lebih dikenali sebagai Kluang Walk telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor. Dengan adanya majlis ini KPPMB mengambil pluang untuk turut serta menyertai majlis ini. Pihak KPPMB telah diberi sebuah gerai untuk memasarkan dan memperkenalkan produk daripada anggota kepada penduduk dikawasan Kluang. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur bagi menarik minat penduduk setempat untuk hadir ke majlis ini. Majlis kemuncak ialah pada 30 Julai kerana pada waktu itu majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin sendiri. Gerai KPPMB mendapat kunjungan daripda pelbagai golongan. Gerai KPPMB juga menjual makanan yang siap sedia di makan seperti karipap goreng, popia ketam goreng dan mee siput goreng. Selain itu KPPMB juga menjual makanan sejuk beku seperti karipap dan popia ketam. Kesemua produk tersebut adalah produk usahawan dibawah KPPMB. Dengan adanya program dan majlis seperti ini masyarakat akan lebih mengenali koperasi-koperasi yang terdapat di dalam Malaysia ini sekaligus dapat meningkatkan penjualan produk-produk usahawan koperasi itu sendiri.

Kunjungan daripada Pegawai ANGKASA.


Kunjungan daripada persatuan Koperasi lain.


Antara staf dan ahli lembaga yang hadir.


Saturday, August 6, 2016

Majlis Sambutan Hari Raya bersama Usahawan Koperasi 2016.

3/8/2016 RABU.

Sambutan hari raya ini diadakan sempena bulan Syawal yang tiba dan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara koperasi dan usahawan. Konsep "potluck" digunakan didalam majlis hari raya ini. Koperasi menyediakan Nasi Arab dan makanan lain disumbangkan oleh usahawan. Alhamdulillah majlis tersebut amat meriah dan kehadiran tetamu amat memberangsangkan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan InsyaAllah.