7/7/2016 Khamis
Ketibaan bulan Syawal yang dinanti oleh setiap umat islam selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan ketibaan bulan syawal ini seperti kebiasaan masyarakat melayu Johor marhaban diadakan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada 2 Syawal yang lalu bertempat di PAKK Parit Unas telah menerima kunjungan marhaban lelaki kampung Parit Unas.
Tetamu yang hadir dari golongan kanak-kanak hingga ke warga emas dianggarkan lebih daripada 35 orang. Pelbagai makanan yang disediakan bagi menjamu tetamu yang hadir.
Saturday, August 6, 2016
Wednesday, July 27, 2016
Komuniti Satu Malaysia Mukim Parit Bakar
20 Mac 2016 / Ahad
Program Komuniti Satu Malaysia di Mukim Parit Bakar telah diadakan pada bulan Mac yang lalu bertempat di Puasat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Parit Unas. Program dijayakan oleh pihak KPPMB dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Daerah Muar. Program ini dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Puan Saidatul daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tuan Haji Salehudin bin Haji Satar Ketua Pemuda UMNO bahagian Muar, Pegawai Kesihatan dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Penerangan daerah Muar. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi serba sedikit info dan maklumat kepada usahawan serta warga setempat. Selain itu juga adanya sesi soal jawap antara tetamu yang hadir kepada panel-panel jemputan dan ini dapat membantu usahawan dan warga setempat tetang permasalahan yang mereka hadapi selama ini. Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung dapat mendekatkan badan kerajaan dan pemimpin setempat dengan rakyat.
Kursus Pengendalian Makanan
22 Julai 2016 / Jumaat
Program Kursus Pengendalian Makanan anjuran bersama Koperasi Penulis dan Pembaca Muar Berhad (KPPMB) dan Persatuan Warga Taska Negeri Johor (PWTJ) di bantu oleh perunding daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan AMD. Perunding yang di jemput untuk menyampaikan kursus tersebut ialah Encik Abu Bakar Muhamad daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan AMD. Program ini bermula dari jam 3.00 petang hingga ke jam 6.30 petang. Selepas selesai kursus tersebut peserta diberi sijil kursus tersebut.
Tuesday, July 19, 2016
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN.
Mari semua orang di sekitar daerah Muar untuk merebut peluang hadir ke Kursus Pengendalian Makanan anjuran bersama KPPMB, PWTJ dan Sekolah Latihan Pengendalian Makanan (AMD).
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































